Pantun Melayu

May 5, 2011 in Rujukan Portal by admin

Pantun Melayu
Pantun ialah karangan berangkap yang menggunakan bahasa-bahasa yang indah.Pantun merupakan satu-satunya puisi tradisional yang tulen tanpa diserap oleh unsur-unsur sastera asing

.Ia adalah nilai masayarakat melayu tradisional ,sebab itu tidak disebut siapa penciptanya.Sifat-sifat pantun yang sedehana ,ringkas dan mudah diingat menjadikan pantun sebagai puisi tradisional yang masih kekal dan popular sehingga ke hari ini di kalangan masyarakat .Sebagai sebuah karangan berangkap ,pantun mempunyai ciri-ciri tertentu

Ciri-ciri Pantun
Sebuah pantun wujud dalam satu rangkap yang lengkap dari segi makna

Setiap rangkap pantun terbahagi kepada 2 bahagian iatu ,bahagian pembayang dan bahagian maksud.(bagi pantun 4 kerat ,baris 1 dan 2 ialah pembayang,manakala baris 3 dan 4 adalah maksud,contohnya)

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik di kenang juga.
Rima atau bunyi akhir nya adalah sejajar contohnya;

Bintang Barat terbit petan g ,
Bintang Timur terbit pag i ,
Jika ada umur yang panjan g ,
Sehingga kita ketemu lag i

Pantun mempunyai atonansi yang sesuai untuk mengucapkannya

Setiap baris dalam pantun mempunyai 8 hingga 12 suku kata sebaris manakala bilangan perkataan dalam sebaris adalah antara 4 hingga 5 perkataan

Jenis-jenis Pantun
1.Pantun perpisahan:-
Hari ini menugal jagung, Hari esok menugal jelai, Hari ini kita berkampung, Hari eok kita bercerai.
Batang selasih permainan budak, Berdaun sehelai dimakan kuda,Bercerai kasih bertalak tidak, Beribu tahun kembali juga.

2.Pantun Teka-teki :-
Tanam pisang sulung tahun, Malam-malam tanak nasi Dalam batang ada daun, Dalam daun ada isi?
Buah cermai di dalam dulang, Tepung digaul minyak sapi, Anaknya ramai ibunya seorang, Apabila bergesel berapi-api?

3.Pantun jenaka ;-
Oh bulan kemana bintang, Atas pucuk kayu ara, Oh tuan kemana hilang, Dalam bilik anak dara.
Atas pucuk kayu ara Lebat daunnya pokoknya rindang Hilang kedalam bilik nak dara Cuma meminta rokok sebatang

4.Pantun Budi :-
Payah kami menabur padi, Nenas juga ditanam orang, Payah kami menabur budi, Emas juga dipandang orang.
Tinggi bukit gilang-gemilang, Air laut tenang-tenangan, Budi sedikit tidakkan hilang, Itu menjadi kenang-kenangan.
5.Pantun 2 kerat :-
Kura-kura dalam perahu,
Pura-pura tidak tahu.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.