Perempuan Melayu

May 5, 2011 in Rujukan Portal by admin

Siapakah yang digelar sebagai perempuan melayu? Siapakah yang layak digelar perempuan melayu? Dari manakah asal-usul kedatangan perempuan melayu? Apakah sifat yang dimiliki oleh perempuan melayu? Semuanya terjawab pada peribahasa melayu yang berbunyi “ tepuk dada, tanya selera dan ukurlah baju di badan sendiri “ , hanya perempuan melayu yang mengamalkan adat istiadat melayu sahaja yang mengetahui apakah erti tersurat lagi tersirat dalam makna perempuan melayu.

ASAL-USUL PEREMPUAN MELAYU

Asal-usul perempuan atau dikenali wanita melayu digelar dari salah satu negeri melayu di kawasan semenanjung negara Malaysia , negeri itu adalah negeri yang paling bersejarah tentang peristiwa-peristiwa pada zaman kedaulatan Sultan Melayu. Negeri yang dimaksudkan tersebut adalah negeri Melaka. Tetapi mengikut kepercayaan sejarah melayu, perkataan melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu bertempat di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera di negara jiran iaitu Indonesia . Di sana dipercayai terletaknya Kerajaan Melayu sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan melayu yang kuat iaitu kerajaan Srivijaya, Sehubungan dengan itu, perkataan “Melayu” itu dipercayai berasal daripada perkataan Sanskrit “Malaya” yang bermaksud “bukit” ataupun tanah tinggi. Sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan “Melayu” berasal dari “Sungai Melayu” yang terletak di Jambi. Perempuan atau wanita melayu pada zaman kesultanan melayu adalah dipandang mulia kerana kesopanan dan keayuan wajah yang dimiliki pada dirinya. Kebiasaannya pada zaman ini, perempuan atau wanita melayu yang menawan dan cantik akan menjadi penari atau gundik di istana sultan. Kebiasaannya perempuan melayu adalah terdiri daripada agama islam.

PERIBADI PEREMPUAN MELAYU

Perempuan atau wanita melayu terkenal dengan peribadi kosopanan tutur kata dan mempunyai sifat yang lemah lembut yang dimilikinya. Perempuan atau wanita melayu adalah kaum yang sangat menjaga akan kehormatan maruahnya, kerana maruah seseorang perempuan melayu itu dianggap seperti mutiara di laut, yang sukar untuk dimiliki tetapi perlu dijaga dengan rapi apabila sudah dimiliki. Sifat perempuan melayu perlu dikekalkan sehingga kini adalah kerana ianya masih dipandang mulia pada semua masyarakat.

PENINGKATAN SOSIAL
Jurang perbezaan diantara perempuan melayu pada masa zaman kusultanan melayu dan pada zaman sekarang iaitu digelar zaman teknologi maklumat yang canggih telah menampakkan daripada sudut peningkatan sosial , perempuan melayu kini tlah mula agresif menceburi bidang pekerjaan yang terdahulunya di monopoli oleh kaum lelaki. Peningkatan sosial ini telah meningkatkan lagi kaum perempuan melayu kearah kemajuan diri, dan secara tidak langsung telah meningkatkan ekonomi negara Malaysia.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.